Followers

December 25, 2011

'Window Shopping' [part 1]

Salam..
arini kakjoyah penat giler kot..
g jenjalan ngan abg n adik dr pg..
mula2 g sunway konon2 nak tgk wayang sekali,perghhh beratur panjang..
pastu g mid valley lak...
mulanya nak tgk cter Don 2 tp adik xleh masuk lak sebb tu tuk 18++..
pastu dah taktau nak tgk cter apa,ktorg beli tiket cter Suatu Malam Kubur Berasap..
not bad la cter tu..serius kelakar gilerrrrr~~ ;)
pas da beli tiket wayang ktorg lapar,mula2 nak makan kenny rogers,hmm penuhhh xde meja kosong nandos n tony romas pun sama.. (aisshhh melepas nak pow ayul belanja tony romas)
pastu ayul suggest nak makan mcd..alaaaaaaaaaaa asyik mcd je da biasa laaaaa
pastu ktorg g makan kat Carl's Jr..phewww..
kenyang giler beb,burger besar + bleh refill air sampai kembung perut~
da abis tgk wayang ayul nak g beli kasut,penat giler kot ikut dia..
kalah perempuan yg shopping,nasib da penat pusing satu mid valley,dia beli gak kasut nike tu..
papepun esok nak g wedding my fren,Farah,
wah2,da kawin da kau kannnnn.. huhuhuhu,kakjoyah bila lg? hmm xde calon laaaaaaaa :p
pas g wedding dia,kakjoyah nak g jenjalan ngan member2 kolej kakjoyah...
rindu gler kat diaorg,lama gler kot xjumpa...... ;)



December 22, 2011

Nervous amik result PMR arini~

Salam..
uisshhh nervous tul rasa nak amik result PMR arini..
ehhhh cop2,kakjoyah da lama tinggalkan alam persekolahan..
huhuhu.. papepun congratssss buat adik kakjoyah..
dia amik result PMR arini n dia dapat 8 A's..
xlupa gak utk 2 orang sepupu kakjoyah yang dpt 8 A's jugak?
bijak2 betul diaorg ni,ke soalan tu senang sgt kannnn....

December 19, 2011

Jengjengjeng~ [part 2]

salam..
kakjoyah nak kongsi beberapa gambar pasal kete..
giler cute kot diaorg make up kete diaorg jd sampai camni..
agak2 berapa la berhabis duit kan?
kakjoyah minat gak camni tp cam sarat giler kottt
papepun jom layan gambar2 ni ;)




comel kannnnnnnnnnnnn~~~~!

Jengjengjeng~ [part 1]

Salam..
arini kan kakjoyah rasa gembira sangat2...
mula2 rasa bengang giler kot kat beberapa hamba allah ni..
aiishhhh pagi2 da wat kakjoyah angin satu badan..
xpe2,kau tunggu nasib korg yeeeeeee
ok...berbalik kepada tajuk tu haaa~
kenapa kakjoyah happy?? sebb jengjengjeng...
setelah sekian lama kakjoyah menantikan kedatangannya,
akhirnya,dengan rasminya pada tarikh 19 disember 2011
adalah hari yang paling gembira buat kakjoyah...
sebb ayah belikan kete tuk kakjoyah,bukan kete mainan tauuuu..
tp frust sikit la sebb kete yg kakjoyah nak x dpt tp kira ok la
sebb kete ni pun ada dlm senarai kete yg kakjoyah nak sebb kete
ni jimat minyak... papepun thanx ayahhhh~! ;)

November 10, 2011

Petua di dapur



1. KUPAS BAWANG untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

  2. MEMILIH IKAN SEGAR Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

  3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN. Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris. 

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir. 

5. MEMUTIHKAN NASI Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi. 

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

November 2, 2011

BENGANG + BANGANG!

salam..
ok hari ni ada sorang JANTAN wat kakjoyah bengang giler..
dia ingat dia bagus sgt ke??
silap2 muka cam LONGKANG nak hina2 org.. haktuiihhhH!!!
xpe2,hari ni hari kau,tgk la..esok2 aku akan wat kau lak..
biar padan muka kau s**AN!!!

October 30, 2011

Cara Membezakan Daging Lembu Dan Khinzir

Salam..
jom tengok apa yg kakjoyah nak kongsikan ni..
mayb ada dikalangan korg2 yg tgk kot post camni kat blog sebelah2..
tp xsalahkan kalau kt nak mengingatkan sesama kt..
jom kt layannnn...

  1. Dari segi warna 
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Serat daging 

 

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar)

3. Dari lemak yang kelihatan













Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.



sumber 

October 25, 2011

oh! kecewanya rasa...







wowwwwww!!!! sedap kan semua ni...
tp......................................... kakjoyah xleh nak makan semua ni...
mayb pas 3 bulan dr skrg baru bleh makan,tu pun dalam kuantiti yg sikit..
sebb apa kakjoyah xleh makan?? 
nk tau sebb apa?? sebb kakjoyah on diet so kena lupakan semua ni..
huhuhuhu mengidam la jugak kan...
tp apa nak buat..
cepat lah 3 bulan berlalu.... ;)

p/s: tp nak jugak rasa kfc tomyam tu,walaupun ramai ckp xberapa rasa tomyamnya..hahahaha

Homemade chicken tortilla ;)

Salam..
arini kakjoyah wat chicken tortilla ;)
almaklum la,kakjoyah kan on diet..
hahahahahah
jom,kakjoyah nak share resepi ni,nant korg2 leh la wat skali..
senang je ;)

bahan2:
  • chicken breast
  • iceberg salad
  • tomato
  • bawang
  • mayonaisse+cili sauce+tomato sauce
  • tortilla
  • barbeque sauce
  • blackpepper crush
  • pepper
  • salt

    jom layan gambar ni,malas nak taip panjang2 hehehe

perap ayam ngan blackpepper,papper n salt



bakar dalam oven dalam 25-30 minit

campuran mayonis,sos cili n sos tomato

ni beli da siap je.. ;)  
 





iceberg salad,bawang n tomato
tortilla ni pun kakjoyah beli yg da siap punya je..senang ;)      


panaskan skit atas kuali..
sapukan campuran mayonis td..
pastu letakkan barbeque sos,ikut banyak mana yg korg suka..
letakkan sayuran td..
potong ayam kecik2..
gulung n potong.. yayyy siap utk di makan ;)
 selamat mencuba ;) nyumnyum!!

October 23, 2011

korean drama~

Salam...
boring giler duk kat umah,xsabar nak start new sem ;)
bila duk boring2,kakjoyah ske la duk tgk movie on9 la apa la..
pastu kakjoyah tertarik dengan satu drama korea ni..
mayb kakjoyah ketinggalan kot sebb org yg minat cter korea ni mest da tgk semua cter yg best2 kan..
cter yg kakjoyah ckp ni cte 'Boys over Flower'...
da lama2 layan cter ni,kakjoyah jd minta plak ngan cter korea ni<<
kalau xmeleleh airmata mcm xsah..
pas da addicted ngan cter ni,apa lg,kakjoyah layan la drama korea lain plak..
almaklum la,skrg ngah cuti sem,boring duk kat umah,ni je la keje sambilan kakjoyah.. hehehe
kakjoyah slalu layan drama korea kat sini drama korea 



princesshour

full house

boys over flower

ni la antara drama yg sempat kakjoyah tgk..pasni nak tgk cter apa plak ek..?
any suggestion??
kalau ada cadangan,tinggal2 la comment ye ;)



Piala Malaysia...

Salam...
1st skali kakjoyah rasa bangga walaupun Selangor (team favourite) xlayak sampai ke final,tp mampu sampai tahap semi final...
tahniah untuk Negeri Sembilan (team favourite kakjoyah jgak ni ;) ) n Terengganu sebb layak masuk ke final..
aissshhh kakjoyah cam kecewa skit la bila selangor xdpt masuk final..
tp ni adat pertandingan,ada yg menang n ada yg kalah..
dah bukan rezeki selangor kan..
dulu2 kalau tgk team selangor lawan,mcm nak tercabut anak tekak kakjoya ni duk menjerit..
lg2 time Bambang Pamungkas n Elie aiboy bermain..
diaorg ni kalau xsilap pemain indonesia,tp pergghhhh mantoppp la diaorg ni..
korg mest ada yg xperasan kan diaorg ni,meh kakjoyah tepek skit gambar hero2 ni ;)


Bambang Pamungkas

Elie Aiboy

haaaaa...da tengok gambar mest korg da tau kan sape yg kakjoyah perkatakan...
kalau diaorg still main tuk selangor,insyaallah boleh menang kan..
lg satu kalau bf kakjoyah main pun best tp xde plak..
haa? sape bf kakjoyah???
jengjengjeng!! dah tentu la safee sali <3 <3 <3


ayoyoyo!! handsomenyaaaaaaaaa!!

sebenarnya ramai player selangor yg kakjoyah minat antaranya safiq rahim,amirul hadi zainal n ramai lagi...
oh! xpelah,next year ada lg.. chaiyokkk selangor!
i lap u!

October 21, 2011

Menu Seminggu Untuk Penurunan Berat Badan




Isnin
Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil oat & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ketul ikan pari bakar dan air asam + 1 cawan ulam + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1/2 potong jagung rebus
Makan Malam: 1 keping roti nan + 1/2 ketul ayam tandoori + 4 sudu kuah dhal + 1/2 biji jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong

Selasa

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 mangkuk tomyam campur + 1/2 cawan sayur campur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul tauhu sumbat
Makan Malam: 1 mangkuk salad + 1 potong tembikai + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Rabu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk kecil bijirin sarapan pagi & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 1 ekor ikan masak pindang & kuah + 1/2 cawan tauhu goreng + 1/2 biji buah jambu batu + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji pisang emas
Makan Malam: 1 keping capati + 2 ketul daging + 1/2 cawan dhal + 1 biji belimbing + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1/2 biji buah jambu batu

Khamis

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 keping thosai & dhal + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 mangkuk mi sup-lebihkan sayur + 1 potong betik + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 ketul pulut panggang
Makan Malam: 1 mangkuk yong tau foo-lebihkan sayur + 1/2 biji mangga + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai

Jumaat

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 gelas minuman bijirin oat (4 sudu) & susu rendah lemak + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi + 3 ketul daging masak kari + 1 cawan sayur campur + 6 biji anggur merah + 1 gelas air sirap limau
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 biji epal
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur-tambahkan perencah seperti udang atau ayam + 1 biji mempelam + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong


Sabtu

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 mangkuk soto ayam + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 set sandwich-roti mil penuh & tanpa mayonis + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 potong tembikai
Makan Malam: 1 cawan mi hailam-lebihkan sayur + 1 biji pisang emas + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 cawan salad


Ahad

Bangun Pagi: 1 gelas air kosong
Sarapan: 1 cawan mihun goreng + air suam
Minum Pagi: 1 gelas air kosong
Makan Tengahari: 1 cawan nasi ayam + 1 ketul ayam + 1/2 cawan salad/timun + 1 potong nanas + 1 gelas air kosong
Minum Petang: 3.00 petang: 1 gelas air kosong 6.00 petang: 1 gelas air kosong + 1 cawan jagung
Makan Malam: 1 mangkuk sup sayur + 1 biji pear + 1 gelas air kosong
Minum Malam: 1 gelas air kosong + 1 biji oren

Panduan:

-kurangkan atau elakkan mengambil nasi pada waktu malam
-elakkan dari makan malam selepas pukul 8.00-8.30 malam
-pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber
-campurkan sayur-sayuran dan buah-buahan kegemaran dalam salad
-susu yang digunakan adalah susu rendah lemak atau susu skim
-pilih kari tanpa santan atau jika kari bersantan, kurangkan pengambilan kuah
-nasi/mi goreng/hailam/sup/tomyam perlu dilebihkan sayur
-1 ketul ayam atau daging atau ikan merujuk kepada saiz 1 kotak mancis
-amalkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
-kurangkan minuman manis terutama kordial dan minuman berkarbonat

Jom tambah trafik blog ;)

jom klik ;)

rambut ketak2~! (^__*)

salam
aiisshhhh kakjoyah minat gler rambut cenggini,
tp cam membazir je kan kalau wat rambut camni 
sebb kakjoyah pakai tudung..
papepun jon layan gambar2 ni~

 


p/s: cantikkannnnnnnnnnnnnn ;)

October 15, 2011

Kelebihan Epal Hijau..



1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.


3. Membantu kesihatan membran paru-paru.


4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.


5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.


6. Membantu mengekalkan berat badan.


7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.


8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.


11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemu
dian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

October 3, 2011

Pengguguran bayi yang tidak berdosa~

Salam..
maaf la sebb kakjoyah da lama x mengupdate blog ni..
bukannya apa,sebelum ni bz la ngan kelas + final exam,so skrg ni
kakjoyah relax skit sebb cuti sem selama SEBULAN!! yayyyyyy!
ok camni,td kakjoyah ada bc paper pasal ada kes bayi dibuang dlm PERIGI!!!
gilerrrr arrrrr!
pastu td kuar kan berita,bayi dibuang dr umah flat... ish3..
apa nak jadi la,pandang buat xpandai tanggung...
kesian tgk baby2 yg xberdosa tu diperlakukan begitu...
apa2 pun jom layan gambar2 kes pengguguran bayi..




                                                              sedihnya tgk gambar yg ni~