Followers

August 29, 2011

Ramadhan terakhir~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dikesempatan ini kakjoyah ingin mengucapkan tahniah kepada semua umat islam yang telah berjaya mengerjakan ibadah puasa ni.. (Cewahhh! Da mcm nak bagi ucapan plak)

Ok kalau tgk kat fb je kan,rata2nya memberi ucapan seperti kt semua da xkan sambut ramadhan pada tahun depan,cam sedih + takut plak bila teringat apa yg pernah kakjoyah baca pasal 2012 tu.. Korg pun mesti pernah baca kan?

Tp mmg betul,kt xleh percaya benda2 cam tu,mayb ada yg betulnya,mayb x..
Hmm ok katakanlah kalau betul selasa adalah hari raya,da tentunya arini (isnin) org ramai da pegi pasar tuk beli barang2 tuk memasakkn,andai kata raya jatuh hari rabu,perrghhhh....

Tp nenek kakjoyah pernah ckp tau yg zaman dulu2 pernah contohnya hari ni kt semua yakin yg petang ni petang raya tp sebenarnya kena puasa lg sehari n ada jugak pernah berlaku,orang semua x jangka pun yg esok akan raya n satu benda pun x prepare lagi.. Uuiisshhhh dasyatttt~

K la,mls nk berleter panjang,kakjoyah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat islam terutama kepada rakan2 blogger..
Semoga sambutan hari raya tahun ni lebih seronok dr sebelum2 ni..

Tp kan ( adoiiii xabis lg nak berleter) kakjoyah rasa xseronok,tahun ni raya xberapa meriah sebb kedua2 atok kakjoyah meninggal dunia + maklang kakjoyah, Al-Fatihah~~
Ok kakjoyah da abis berleter nant kt bercerita lagi ek.. Kakjoyah nak solat subuh n sambung tdo~~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 25, 2011

<3 <3 <3

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Tadi kakjoyah jenjalan ngan member kakjoyah..
Pantang ada duit mest nak beli barang,kakjoyah mmg da lama nak beli lipstick,kebetulan ada sale,tu yg rembat tu..
Kakjoyah beli lipstick maybeline watershine pure harga asal RM24.90 lepas less tggl RM19.60 berbaloi kan.. °˚˚ºo(•̃͡-̮•̃͡) hέhέhέ (•̃͡-̮•̃͡)oº˚˚°
Yg lagi satu kakjoyah beli waterproof mascara silkygirl yg bestnya harga nya cuma RM12.88 + dapat free eye makeup remover..
;) korg2 pun leh la g serbu guardian ke watson ke tuk beli barangl,ada sale kat sana.. ;)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 23, 2011

blingbling case part 2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulillah,case yg kakjoyah order ari ahad lepas da dapat,mest korg ada baca yg pasal kakjoyah keliru nak pilih mana satu kan...tp ce teka kakjoyah beli yang mana satu.. Jengjengjeng~




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

blingbling case~!

Salam..
arini kakjoyah jd gila sebb ternampak lagi casing bling2 yg sgt2 cantik..
tp alamak aiiiiii!!! mahal yang amat...
nak beli x mampu ( fikir cam membazir je)..
hmm jom cuci mata...










smartnya yg leopard print ni... ;(

p/s: agak2 kalau beli bling2 ni sendiri n tampal sendri jadi ke ek? hmmm

August 22, 2011

Pengorbanan insan yang bernama KEKASIH~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada Seorang Gadis Buta, Smua Orang Bencikan Dia Kecuali Kekasihnya, Gadis Itu Selalu Berkata " Saya Akan Mengahwini Awak Jika Saya Boleh Melihat ".

Suatu Hari Ada Orang Telah Merdermakan Mata Kepadanya, Apabila Gadis Itu Boleh Melihat Dia Amat Terkejut Kerana Kekasihnya Juga Buta.

Kekasihnya Bertanya " Sudikah Awak Mengahwini Saya Sekarang?? "
Gadis Itu Menolak Dan Kekasihnya Itu Pergi..Sambil Tersenyum Dan kekasihnya berkata :

" Awak,Tolong Jaga Mata Saya Baik-Baik " .. (*__*)

P/s: ya allah,bila la agaknya nak merasa bahagia,jelous tgk,dak sekolah rendah pun da pandai berbf/gf,aku ni.. Aishhhh...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 21, 2011

KELIRU~~~

Salam..
kakjoyah ske jalan2 kat popmyberry nya website sebb kakjoyah ske tgk casing bb kat situ cantik2..
kakjoyah ada minat satu casing ni.. cantik + tetiba arini kakjoyah bukak harganya da turu dr RM44.00 jd RM19.60... x gile namanya tu..aishhhhh!!! ni yg saje wat kakjoyah pokai ni..hmmm..
meh sini kak joyah tepek gamabr2 tu,bg korg mest x cntk kan,tp kakjoyah ske,sebb cam blingbling ;)








kakjoyah cam minat colour putih,pink n merah,tp mana yg cantik ek.. hmmm

August 19, 2011

Kesilapan-Kesilapan Di Sepanjang Bulan Ramadhan


Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh
Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman



1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja(bukan kerana uzur yang diterima Islam). 
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam 
Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih 
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa .
 Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah
Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 
Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih) 


Renung2 kan dan selamat beramal

August 16, 2011

FISH spa~




Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit
alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada
gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, Penggunaan
ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai
kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan
AIDS/HIV
.”

Tambah Dr Amin, Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya
dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain
melalui ikan dan air
.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat
kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam
kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit
pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah
negeri di Amerika

6 Jenis Perempuan Yang Perlu Lelaki Jauhi Untuk Kahwin

Jika nak cari isteri, carilah isteri yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat di bawah :

1
. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun still tak cukup.

2
. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3
. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4
. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5
. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6
. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk sebatu.

August 15, 2011

Tips untuk pengguna Blackberry

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kakjoyah ada lagi satu tips khas utk pengguna2 blackberry..
Selamat mencuba ;)

 Tips agar BB kita tak lembab dan operasi tetap lancar dan stabil, krna BB bukan HP biasa, tetapi sebuah Smartphone. Tips ini untuk semua jenis BB, baik Curve,Bold,Torch maupn Storm. Berikut tips nya :

1. Usahakan tiap 2-3 hari sekali, cabut bateri BB, dan biarkan selama 1-2 mnit, ini fungsinya untuk membuang dan menghapus sisa-sisa file yg tidak terpakai akibat proses chatting maupun browsing.

2. Lakukan secara rutin Clear Log Event dengan cara tekan ALT+L G L G..akan muncul dilayar hasil log,tekan logo menu  ,pilih Clear Log (jika bhs inggris), atau bersihkan Log (jika bhs malaya), tekan Clear.

3. Lakukan juga secara rutin Cleaning Memory, dgn cara, pilih Options, Security Options, Cleaning Memory, tekan logo menu  ,pilih Clean Now.

4. Tiap 2-3 hari sekali,lakukan Host Routing Table, dengan cara pilih Options, Advanced Options, pilih Host Routing Table, tekan logo menu  ,pilih Register Now.

5. Dan setelah step ke 4 diatas,lakukan juga tiap 2-3 hari sekali Diagnostic Test, ini sangat penting. Coz inilah bukti apakah BB kita brhubung dgn operator,baik PIN, Register maupun Email. Dengan cara, pilih Options, Mobile Network, setelah itu tekan logo  ,pilih Diagnostic Test, lalu tekan lagi logo menu  ,pilih RUN,biarkan sampai proses berjalan Completed, jika hasil proses ada yg NO,ulangi lg agar hasil smua YES..

Itulah tips agar BB kita lancar, stabil dan tidak lembab. Semoga bermanfaat..Ingat, tips diatas bukan cuma diusahakan,tetapi wajib, agar BB kita lancar dan tidak lembab..Coz BB bukan HP GSM biasa..BB ( Blackberry) adalah Smartphone..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 12, 2011

Check ketulenan Blackberry..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Arini kak joyah nak share satu info pasal blackberry,korg try la ek..
Kakjoyah punya angka ketujuh n kelapan adalah 04 so angka 04, maka BB tersebut limited edition dibuat khusus di Canada dengan kualiti terbaik di dunia .yayyy!! Korg try la ek..

Selamat mencuba~


Cuba & buktikan BB yg korg pakai ni bagus ke tak.. Tekan: *#06# kmdian tekan 'phone' maka akan muncul 15 digit angka nomor IMEI BlackBerry Anda. Contoh : 316725.00.4690216.

Angka ketujuh & kedelapan nomor IMEI ini adalah 00.
00 Itu bererti BB tersebut keluaran Finland dengan kualiti yang sangat bagus.

Jika angka ketujuh dan kedelapan adalah angka 02 atau 20, maka BB tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang teruk.

Jika angka ketujuh dan kedelapan adalah angka 08 atau 80, maka BB tersebut dibuat di Jerman dengan kualiti yg terbaik.

Jika angka ketujuh dan kedelapan adalah angka 03, maka BB tersebut dibuat di Prancis atau Canada dengan kualiti yang paling baik.

Jika angka ketujuh dan kedelapan adalah angka 04, maka BB tersebut limited edition dibuat khusus di Canada dengan kualiti terbaik di dunia .

Jika BB anda tidak termasuk dari salah satu di atas, bererti BB Anda adalah BB palsu. Semoga berguna info ni tuk kite. Share la ngan kengkawan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

August 9, 2011

ROKOK HARAM!!

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-

* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.

* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz

* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.

10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK

1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10.Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Jom g SPA~~

Salam...
ada xsape2 yang nak ikut kakjoyah g spa..
mesti best kalau bulan2 puasa ni g spa..
sapat merehatkan minda kan2..
kakjoyah ada satu spa yg menarik tuk kt semua kunjungi..
free lak tu...
jom2......
eh2,jap2,mest korg nak tgk dulu suasana spa tu camne kan?
meh kakjoyah tepek gambarnya kat sni.. hehe

















p/s: amacam? ada bran x nak ikut kakjoyah g spa ni..hehehehe ;)

August 8, 2011

10 Punca Jin Tinggal Serumah

1.Tapak rumah ada punca air mata air
Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air...

kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin...
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau...

Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam...


kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar...

kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah...

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah...


Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang 'berhantu'...

kerana ia di bina di kawasan penempatan jin...

Ia
bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga...

Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman...

2. Tapak rumah ada kubur
Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada
jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )

Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..

Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya...

Maka tempat itu akan jadi 'berhantu', sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan...

 3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin

Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana 'buang ilmu', 'buang penyakit gangguan' atau sebagainya...

Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin...
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan...
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya...\

4. Dalam rumah ada tangkal sihir

Iaitu,
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi 'pagar rumah'...

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya...

Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya...

kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan...

Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal...

Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi 'rumah'nya...

Maka rumah itu akan mula 'berhantu'...

5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia

Iaitu,
kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada...

Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu...

Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi 'hantu' yang berkeliaran dalam rumah...

6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat...

Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi 'dalang' kepada rumah-rumah 'berhantu'...

(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia...).

Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya...
7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin

Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu...

Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka...

Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu...

Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya
Maka jadilah ia rumah 'berhantu'...
kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya...

Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya...

 8. Rumah yang disihir

Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah...

Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..

kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat...

9. Mengamalkan ilmu sihir
Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang 'menjadi' atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya...

Biasanya,
kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,
maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,
mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,
mana-mana saja pun boleh jadi.

Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang 'mengambilnya'...

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang...

 10. Jin liar ikut pulang

Iaitu,
biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,
samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan...
maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah...

Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka...

August 7, 2011

BENCI KAU!!!

Salam ( walaupun marah,kena bagi salam jugak,kan org islam..huhu)
eeeiiiiI!!!!! aku benci kau sgt2!
kenapa baru sekarang kau nak dtg kat aku??
kenapa x dari dulu??
dulu bukan main lama aku tggu kau,tp kau xde kan...
aku BENCI KAUUUU!!!!!!!!!!!
BENCI!!! BENCI!!!! BENCI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

August 3, 2011

Berwudhu' yang lebih sempurna



Bila ingin berwudhu' lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai berikut:

1. Mulailah dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim...

2. Menghadaplah kearah kiblat

3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti menimba, dan sebagainya.

4. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.

5. Berkumur-kumur.

6. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq).

7. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau mulut yang kurang sedap
.
8. Mulailah dengan anggota wudhu'yang sebelah kanan.

9. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).

10. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'

11. Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali).

12. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk ke lubang telinga, ibu jari dibelakang telinga.

13. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan membaca:

Asyhadu an laa ilaaha illalaahu wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuuluh, Allahummaj'alnii minat tawwaa biinaa waj'alnii minal mutathahhiriin.
Aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahwa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya allah , masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku masuk ke dalam golongan orang-orang yang suci.
14. Lakukanlah solat sunnat wudhu' dua raka'at.

Homemade Tepung Pelita ~

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ....
Arini da masuk 3 hari kt berpuasa..
Biasalah nafsu makan bulan puasa ni pelik2 skit..
Kalau hari2 biasa x teringin pun nak makan macam2..
So kakjoyah teringin nak makan tepung pelita..
Kalau nak beli cam xberbaloi ntah bersih ke,ntah sedp ke kan..
Lagi terjamin kalau buat sendiri..
So cari punya cari,kakjoyah jumpa resepi yg leh dipercayai..
Meh kakjoyah share resepinya..
Nant korg leh la try...

Resepi Tepung Pelita.

200 gm tepung beras
1 liter santan
2 liter air perahan daun pandan (blend daun pandan bersama air)
50 fm tepung beras
1 sudu kecil air kapur
Sedikit gula dan garam

Cara-cara:

Mula mula kacau tepung beras bersama air pandan,air kapur dan kacau di atas api yang sederhana kecil sehingga separuh masak.
Ketepikan.

Campurkan santan,garam dan 50 gm tepung beras.kacau diatas api yg sederhana sehingga likat.

Taburkan gula pasir kedalam acuan,sendukkan adunan air pandan kedalam acuan dan kukus sebentar.Keluarkan dan sendukkan adunan santan tadi dan kukus semula selama 10-15 minit..

Selamat Mencuba ye ;)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone