Followers

March 31, 2012

Resepi Muffin Coklat

Bahan-bahan ( 10 biji ) **tp kakjoyah wat 2 adunan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

1.Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .

2.Kemudian masukkan mentega ke dalam coklat. Kacau sehingga mentega cair.
Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.

3.Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu pukul sehingga kembang.

4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

5.Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.

6.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.




1

2

 3

 4


 5
6

7


No comments:

Post a Comment