Followers

July 31, 2012

Apa itu Endometriosis?

Salam...
setelah sekian lama kakjoyah x meng'update' blog kakjoyah ni,kali ni kakjoyah nak 
cter skit pasal penyakit endometriosis..
tp kenapa ek kakjoyah tetiba nak cter pasal penyakit?
n korang tau x ni penyakit apa? mesti korg xtau kan.....
ni penyakit yg dialami oleh prg perempuan..
senang cter senggugut yg amat teruk..
mungkin ramai yg amik mudah je kalau senggugut kan,kakjoyah pun mcm tu jugak
tp bila da baca,kakjoyah jadi cam takut plak ngan penyakit ni.. jom baca pasal penyakit ni...



Endometriosis adalah penyakit yang berlaku apabila tisu endometrium, iaitu tisu pengalas dinding rahim (yang sepatutnya tanggal ketika haid) tumbuh di luar rahim sama ada di ovari, tiub Fallopian, ligamen yang menopang rahim atau di mana saja dalam rongga pelvik.

Tisu endometrium juga boleh berkumpul di hampir semua lokasi dalam badan, antaranya pundi kencing, usus, faraj, apendiks, rektum (dubur), parut pembedahan Caeserean (pembedahan ketika bersalin) termasuk tempat terpencil seperti otak, saraf siatik, paru-paru dan kulit.

Apabila ada di luar rahim, tisu endometrium menjadi pertumbuhan menyakitkan. Ia akan berubah bersama perubahan hormon ketika pusingan haid. Ketika haid, tisu ini juga akan pecah dan berdarah.Punca endometriosis masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya ia disebabkan aliran haid retrograd atau menyongsang; iaitu darah haid mengalir masuk ke dalam tiub Fallopian. Sel endometrium dalam darah haid akan melekat di tempat tertentu dan mula mendatangkan masalah.

Semua gejala endometriosis mungkin kekal, berkurang walaupun tanpa dirawat atau meningkat dengan tiba-tiba. Namun biasanya gejala ini berkurang ketika mengandung atau selepas menopaus.

Bagaimanapun, ada wanita mempunyai endometriosis tanpa mengalami gejala. Malah, tahap kesakitan dialami juga tidak boleh dijadikan pengukur saiz endometriosis kerana ada wanita berasa sangat sakit walaupun endometriosisnya kecil dan sebaliknya.

Senggugut tidak harus dianggap perkara biasa, sebaliknya perlu diberi perhatian serius, terutama jika anda mengalaminya sejak mula mendapat haid. Masalah ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan wanita boleh mengesan perubahan haid mereka pada usia lewat 20-an dan 30-an.

RAWATAN : PEMBEDAHAN 

# Pembedahan konservatif
Bagi mengekalkan kemampuan wanita untuk mengandung. Biasanya dilakukan kepada wanita muda dan masih mahu mempunyai anak. Pembedahan ini akan membuang lapisan endometriosis atau ia dimusnahkan dengan laser.
# Pembedahan bukan konservatif
Hanya dilakukan jika semua cara di atas tidak berkesan. Ia termasuk sama ada membuang ovari saja, ovari dan uterus atau ovari dan tiub Fallopian. Dalam kaedah ini wanita tidak akan berpeluang untuk mengandung lagi.

Justeru, masalah endometriosis perlu ditangani di peringkat awal. 
Jika anda mengalami masalah senggugut yang teruk, segera jalani pemeriksaan.

p/s: so sama2 lah kt mengambil langkah awal sebelum ianya terlambat... (kakjoyah takut nak jumpa doktor sebenarnya hahahaha)