Followers

January 31, 2011

permulaan 2011..

setelah sekian lama tidak meng'update' blog ni akhirnya aku kembali lg...
aku bukan sesaje xmau update blog ni..
tp dalam awal 2011 ni banyak kejadian yg berlaku pada aku n family..
antaranya atok sebelah mama meninggal pada 13 disember 2010..
atok sebelah ayah sakit...
n sejak dr tu aku slalu je balik kg..
bak kata mama,selagi atok masih hdup,kena spend time ngan dia walaupun keadaan nya kelihatan uzur..
tp panjang umur atok aku ni.. dia lahr pada tahun 1928..! (OMGG!!) 
mcm xpercaya je atok aku ni lahir sebelum merdeka lg..
tp nak wat camne kan kalau org da nak sakit,apa yg mampu kami lakukan adalah mendoakan agar dia sembuh walaupun umurnya tidak mengizinkan..
atok da banyak kali kuar asuk hospital..
sampai hospital tu da jd umah kedua atok da...
doktor ckp,mcm xde harapan je... sebb atok da terlalu tua..
tp yg membuatkan aku sedih sgt2.. 
minggu lepas masa g tgk atk kat hospital,time tu da nak balik,tiba2 atok nangs,sedih sgt2 bila tgk atok nangs...
mcm kesian pun ada jugak.. tp nak wat mcm mana,yg paling penting,aku doakan agar atok sihat mcm biasa...
sama2 la kt mendoakan kesejahteraan atok aku ye..
aminnn...

ni masa mama suapkan atok makan...

December 30, 2010

tinggal sehari sje lg... :(

setelah sekian lama aku mem'bz'kan diri utk tidak mem'update' blog,hari ini aku terbuka hati untuk meg'update' blog aku ni.. Bila di kira-kira dah hampir 6 bulan aku berada di terengganu utk praktikal.. rasa mcm baru semalam je aku dtg ganu ni.. dalm tempoh masa ni,mcm2 benda yg dah berlaku,antaranya aku temui kebahagiaan aku disini,dapat belajar sesuatu yg baru,dapat sbuah family yg agak besar(org2 nya pun besar2 belaka hihi),dapat independent (sebb selama ni duk bawah ketiak mak bpk je),dapat rasa suasana keje di hotel n mcm2 lagi la... kadang2 aku rasa mcm cepat putus asa,tp aku xleh rasa mcm tu sebb walau apa pun yg terjadi aku kena abiskan praktikal aku ni walaupun satu hari je lagi...

Aku rasa sayang sgt untuk tinggalkan tempat ni.6 bulan tu bukan satu temph masa yg singkat.. tp setiap pertemuan pasti ada perpisahan kan2.. perkara yg manis boleh dikenang,tp yg pahit perlu aku buang jauh2..i'm gonna miss everybody here termasuk geng2 bytes ku,  bidi a.k.a telinga gebeng,farah a.k.a. kangaroo n miza a.k.k doraemon ( dia suka makan ayam goreng!!) ;)

korg2 yg kat sini semua nya best,kadang2 kalau gaduh2 pun mesti sekejap je,pastu da ok balik..
ntah bila la dapat menjejakkan kaki ke sini lg sebb nant mest da bz ngan kelas lg.... tp xpe la.. aku harap org2 yg kat sini dapat dtg shah alam kan.. lagi2 my mrribut tu.. ;)

semalam 29122010,kami telah membuat keje gila.. hahahahahahaha! tp kami tu spe ek2.. :p
antara kami2 tu adalah aku,miza,farah n kak ema.. ktorg sewa kete tuk satu setengah hari n ktorg g jalan2 kat kuantan,teluk cempedak n mesra mall.. pastu lepak kat batu burok.. best sgt2.. sape driver? da tentu la aku,dlm keseuma kami2 ni,aku je yg ada lesen kete.. best.... ktorg bertolak kul 12 mlm.... pastu berhenti makan pastu teruskan perjalanan.. sampai je sana,ktorg singgah TC,pastu ronda2 dulu pastu dlm kul 4.30 pg ktorg singgah masjid tuk berehat n solat subuh... yg kelakar nya,ramai yg xcaye ktorg leh wat keje giler mcm tu,, da la semua perempuan.. hehehe... best gak la dpt wat keje giler mcm tu.. tp yg x best nya hujan sepanjang hari..
ktorg singgah mesra mall tuk g karaoke sebb miza a.k.a. doraemon gian nak karaoke.. best sgt... thanx farah n miza sebb belanja ktorg.. sayang korg!!  nant korg dtg shah alam,aku bwk g jalan2 ok.. ;)


@mesra mall

BBQ night.. 21122010

Malam 21122010 adalah malam yg sgt menyeronokkan.. nak tau sebb apa? sebb ktorg wat BBQ sempena nak abis praktikal.. yg terlibat dlm bbq ni,aku,kak ema,zu,wahee,kamil n q... walaupun bbq ni agak simple tp ktorg semua rasa sgt2 dihargai sebb semua chef ada termasuk chef akmal..

Menu malam tu simple je mee hoon goreng ( thanx sham :) ) , ayam , sosej n kek (crdt 2 chef dollah a.k.a kuis2).. malam tu ramai gak dak2 kitchen yg datang... epul,pqa,nyonya mansor,farid,abg wan,abg iwan,kak nor,hajar,lan,man,along,cif,munir dll.

BBQ yg ktorg wat kali ni lain skit sebb ada lucky draw.. hadiahgempak2 beb.. hahahahahahaha... yg paling penting malam tu ada sparkling.. :p ofcourse la chef akmal yg rasmikan sparkling tu.. hehehe...
tp pasni mesti rindu kat mereka2 semua.. ktorg da mcm satu family da walaupun kadang2 ada selisih faham..
tp setiap pertemuan ada perpisahan.. kan2... xpela.. mayb pasni leh wat gathering plak kan... pape pun sy sayang mereka semua......! ;)













August 5, 2010

Tips cari jodoh..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

July 26, 2010

PUAS HATI..

hmm,da lama asanya x update blog ku ini semenjak ku menjejakkan kaki ke teengganu ni..
da nak hampir sebulan aku praktikal,setakat ni,sedikit sebanyak aku dapat menambahkan ilmu tentang dunia yang sedang aku ceburi ni ( kitchen la kan)..
masa mula2 praktikal,memang la ada rasa sikit beban,sebb xpernah lagi aku berjauhan ngan family,pastu keje penat,tp alhamdulillah,setakat ni aku dapat sesuai kan diri..
sebenarnya bila keje dengan orang yg ramai disekeliling kt,kt akan rasa happy walaupun keje tu memenatkan..
n yg paling best,aku da dapat rasa mcm mana jaga hi tea,n function yg xbapa besar nak dibandingkan function yg akan aku tempuhi bila monsoon cup nant..
pergghhhh! xdpt nak aku bayangkan...
tp xpe la kan,kt bleh timba pengalaman lg pasni...
winkwink! ;)

July 4, 2010

akhirnya~

akhirnya aku menjejakkan kaki ke pulau duyong terengganu..
alhamdulillah selamat sampai...
tp pergghhhh! sakit bontot duk lama2 kat dlm kete..
kami bertolak kul 9.30 lepas hantar dak sengal kat stesyen bas seksyen 17 sebb da bak start new sem....
agak lama la jugak perjalanan ke terengganu ni...
da sampai dungun,mama da bising sebb lapar,so ayul berhenti kat dungun,betul2 kat depan uitm dungun,almaklum la,ayul rindu kat uitm di hatimu tu.. hehehe..
da sesudah makan,kami meneruskan perjalanan,ada la dlm kul 4 lebih bari sampai KT...
dpt la jugak tgk petronas kat kerteh n chalet dulu2 yg slalu ktorg duk masa ayah keje kat terengganu,mmg da beza sgt2...
bila da sampai KT,ktorg da xtau arah tuju nak g sebb xde sape kat umah n lin yg naik bas x sampai lg,so kena tggu dia..
ktorg g Losong utk solat pastu ayul call kwn dia n kwn dia ajak dtg umah.. 
so sementara tggu lin,sempat la ktorg g umah kawan ayul tu..
kat umah kawan ayul ti dihidang air tef o,kopok lekor n mee goreng...
aku x makan sebb masih kenyang makan kat dungun tu..
duk2 cter,akhirnya lin sampai......
so ktorg g la amik lin kat stesyen bas,da amik lin,so gerak la ke pulau duyong,masa lalu kat jambatan tu,nampak la masjid kristal...
mama yg excited lebih... hahahahha...
so sesudah sampai ke umah tu,angkat barang,mama tgk umah dulu pastu masa tu da nak maghrib,mama pun gerak..........
umah ni ok la gak... so bila da mand,mlm nya ktorg g kuar cr makan....
pergghhh! da la lapar,pastu kat kedai tu xde makanan,order bkn main lama pastu xde makanan....
ktorg pun g beli burger,da beli burger,hmm,sama je,lambat giler....
da siap burgernya,ktorg balik umah,dapat makanan mcm xingat dunia...
1st time duk jauh ngan family..
agak terasa sedih gak,tp pandai2 la kan,kan da besar................
:)
hope,i can survive here.... 


muka kepenatan~