Followers

January 15, 2012

Competition~

Salam..
sorry la kakjoyah lama xupdate blog lepas abis midsem tu..
banyak benda nak kena wat,proposal la,final projek la n
yg terbaruuuuu!! ktorg semua kena masuk competition cake display~
yg paling penting cake tu adalah cake BETUL,bukan dr styrofoam sebb nnt juri nak rasa..
oh! no!!!!!!!!!!!! pastu decorations cake tu kena cantik + rasa cake mestilah sedappppp!
waaaa!! group kakjoyah da decide nak wat cake apa,ktorg nak decorate cake tu guna strawberry..
tp masalah nya ttg pemilihan cake tersebut,ada yg suggest nak wat cheese cake,tp bayangkan kalau
wat cheese cake,pastu kena display cake tu bawah khemah yg panas..
perghhh menangs tgk cake tu cairrrrr huhuhu
so ktorg lum decide lg nak pilih cake mana..
n ni ada contoh2 cake yg ktorg akan pilih salah satunya tuk jdkan contoh cake ktorg~




January 11, 2012

Alhamdulillah,berakhir jugak semuanya~


Salam..
kakjoyah rasa happy sgt sebb segala beban dalam kepala ni da abis keluar..
sebb mid sem dah berakhir selepas kakjoyah mengharungi 3 paper..
paper yang paling tough bg kakjoyah HR n akaun..
kakjoyah rasa cam nak pelangkung je kepala org yg duk menganjing2 kakjoyah n ckp camni
"ala,paper akaun senang je kot" hmmm xsemua org sama kan?
ada yang pro dlm akaun,ada yang so so je hmm
tp pape pun alhamdulillah da selamat abiskan 3 paper
kakjoyah harap sgt dapat keputusan yg baik..
tapi pasni ada lg yang nak kena fikir,iaitu FINAL PROJEK design b..
hope semuanya berjalan ngan lancar.. :)

January 1, 2012

7 kepentingan minum air putih


Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan? Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan  mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Mati selepas berdiet

CHELLASTON - Seorang ibu di Britain pengsan dan mati mengejut di tempat kerja selepas dia melakukan diet untuk kelihatan langsing sebelum pergi bercuti bersama keluarganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Lucy Prince, 36, kehilangan berat badan lebih sembilan kilogram dalam tempoh sebulan dengan cuma mengambil minuman pelangsing dan melakukan senaman ketat.

Namun, jantungnya gagal berfungsi di tempat kerja dan dia rebah di hadapan pengurusnya di sebuah kilang kereta di sini England pada Jun lepas sebelum disahkan meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Seorang ahli patologi, Dr. David Green memberitahu satu inkues pada Rabu lalu bahawa selepas diet, Prince mengalami tekanan darah rendah manakala kadar kalium dalam badannya pula sangat rendah dan berisiko menyebabkan kematian.


p/s: alamak!! cam menakutkan je,harap2 xde la jd camni ek ;)


credit 2: lulu pages

Ada apa dengan tahun 2012?

salam..
1st of all,kakjoyah nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan2 blogger ;)
semoga tahun ni lebih baik dr tahun sebelum2 ni..
kenapa ek org suka sgt tanya apa azam tahun baru sedangkan setiap hari kt boleh buat azam baru kan..?
ok,xpe....
kakjoyah harap sgt tahun ini berlalu dengan baik dari tahun sebelumnya..
bukannya apa,dalam tahun ni je banyak benda yang akan membuatkan kakjoyah stressss!
tgk tu baru satu hari masuk tahun baru da rasa stressssss! belum lg pertengahan tahun kan..
hmmm.. awal2 bulan 2012 ni je kakjoyah da kena menghadap mid term..
ayoyoyoyoyoyoyoy! paling kakjoyah takut bila nak menghadap  paper akaun...
doa2kanlah kakjoyah dapat jawab dengan baik kan ;) aminnnnnnn~~~
n lg satu,kakjoyah nak disiplinkan diri kakjoyah tuk diet dengan teratur..
huhuhu selamat tinggal fast food :( 
dengan ini,kakjoyah nak mengisytiharkan,post kali ni adalah post yg ke 200 kakjoyah..weee!
mesti korg ckp camni kan,ekeleh,baru 200 nak kecoh hahahaha
kakjoyah bukan apa,patutnya lg banyak angka tu tp kakjoyah malas nak update kengkadang tu :p
pape pun kakjoyah nak ucapkan ...

SELAMAT TAHUN BARU 2012 ;)