Followers

April 26, 2010

Akhirnya.........

wahhh! xsangka akhirnya dapat gak.. tp dapat apa ek? hehe... sudah tentu new lappy.. :) kalau adik tau ni,mest dia pun nak minx kat ayah,aik,xbleh2,pakai lappy yg zaman jepun tu dulu.. kwangkwangkwang! anyway,thanx ayah!! anggap je la lappy ni sebagai hadiah harijadi yg menjelang tiba x lama lg.. :)
acer aspire 4736z :)

April 22, 2010

hadiah oh! hadiah..

hmm.. birthday da nak dekat,ceh! dekat ke? hehe,ala apa salahnya nak berangan jap.. kalau korg pun mest nak hadiah yang korg idam2 kan kan2.. aku pun ada gak hadiah yg aku nak sgt2.. tp impossible la kan tuk dpt semua ni.. n percaya x? aku xpernah dpt hadiah dr lelaki langsung! ciannn dia.. tp xpe la kan,kalau berangan je xpe...












April 16, 2010

senggugut oh! senggugut..

Argghhhh!!! sakitnya! kenapa period skang dtg x menentu,da lari da tarikh nya ni,waaa! ni mesti hormon x stabil,sebb apa hormon xstabil? mayb stress! eh! stress ke? hehe.. mestila stress,cuaca panas,ngan exam nya lg,ngan kelas nya lagi n yg paling susah skali,nak jaga abe ku sorg tu,takut dia menggatal.. hehe.. tu la kan,kenapa la lelaki xleh faham kalau perempuan period.. da tentu la hormon2 perempuan xstabil time tu n yg tau nya bad mood n nak marah2 je kan.. hmm,tp masalahnya skang,da makan panadol menstrual tu pun sakit lg,kang g klinik kang,sakit lain,payah gak kan,tp mmg pergghh!! kalau la lelaki dapat rasa sakitnya senggugut ni kan best,baru la diaorg tau kan.. hmm.. k la.. nak berehat... pening+senggugut=gila! 

April 5, 2010

Tanda si dia CURANG! shiitttt!!!!!

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
Antara keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau mula berubah hati terhadap 'kekasih lama' petanda awal mengesan kecurangan pasangan:


  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

    Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

  • Tidak lagi rajin menelefon anda

  • Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

    March 30, 2010

    Assi..

    Mengapakah kau muncul lagi? grrrr! menci2! xske kau assi! 
    tp nak wat mcm mana..
    mmg wajib wat assi,tanpa 
     assi,xlengkap la pembelajaran kt kan.... 
    Nasib baik sem ni best skit sebb ada trip yg 
    akan lecturer wat,tp yg x 
     bestnya.. G.K.K. xde!!! waaaaa! sobsob.. korg... 
    aku rindu korg! da xde geng nak wat assi da.. da la aku cam
     org asing kalau duk dlm kelas,nk wat camne kan,terima je la ngan redha..
    hmmmm.. Assi oh! assi,bila kau nak abis..
    BOSAN!!


    March 28, 2010

    Lelaki Oh Lelaki!


    Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
    • Seorang Lelaki Yang Beriman.
    • Lelaki Yang Hatinya Disaluti.
    • Lelaki Rasa Taqwa Kepada Allah SWT.
    • Lelaki Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu.
    • Lelaki Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala.
    • Lelaki Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya.
    • Lelaki Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar.
    • Lelaki Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.



    Lelaki Acuan Al-Quran Ialah? 
    • Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya.
    • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya.
    • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya.
    • Lelaki Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung.
    • Lelaki Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh.



    Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

    • Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya.
    • Lelaki Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga.
    • Lelaki Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam.
    • Lelaki Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat.


    Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
    • Lelaki Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya.
    • Lelaki Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran.
    • Lelaki Mencontohi Sifat Rasulullah SAW.
    • Lelaki Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara.
    • Lelaki Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya.


    Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
    • Lelaki Tidak Pernah Membazirkan Masa.
    • Lelaki Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca.
    • Lelaki Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir.
    • Lelaki Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan.
    • Lelaki Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan.



    Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

    • Lelaki Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga.
    • Lelaki yang Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.


    Lelaki Acuan Al-Quran Ialah?
    • Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia
      Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


    Ps:Adakah korang2(lelaki) yg tergolong didalam sifat2 yang dinyatakan diatas?fikir2kan lah :)