Followers

November 10, 2011

Petua di dapur



1. KUPAS BAWANG untuk elakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.

  2. MEMILIH IKAN SEGAR Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yg bersinar,insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

  3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN. Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris. 

4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN Basuh denga air beras yang telah dicampur dengan asam jawan kemudian di bilas dengan air mengalir. 

5. MEMUTIHKAN NASI Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi. 

6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.

7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT Sebelum mula memasak pasti niat yang iklas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .

November 2, 2011

BENGANG + BANGANG!

salam..
ok hari ni ada sorang JANTAN wat kakjoyah bengang giler..
dia ingat dia bagus sgt ke??
silap2 muka cam LONGKANG nak hina2 org.. haktuiihhhH!!!
xpe2,hari ni hari kau,tgk la..esok2 aku akan wat kau lak..
biar padan muka kau s**AN!!!

October 30, 2011

Cara Membezakan Daging Lembu Dan Khinzir

Salam..
jom tengok apa yg kakjoyah nak kongsikan ni..
mayb ada dikalangan korg2 yg tgk kot post camni kat blog sebelah2..
tp xsalahkan kalau kt nak mengingatkan sesama kt..
jom kt layannnn...

  1. Dari segi warna 
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Serat daging 

 

Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar)

3. Dari lemak yang kelihatan













Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur


Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma

Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum

Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.



sumber 

October 25, 2011

oh! kecewanya rasa...







wowwwwww!!!! sedap kan semua ni...
tp......................................... kakjoyah xleh nak makan semua ni...
mayb pas 3 bulan dr skrg baru bleh makan,tu pun dalam kuantiti yg sikit..
sebb apa kakjoyah xleh makan?? 
nk tau sebb apa?? sebb kakjoyah on diet so kena lupakan semua ni..
huhuhuhu mengidam la jugak kan...
tp apa nak buat..
cepat lah 3 bulan berlalu.... ;)

p/s: tp nak jugak rasa kfc tomyam tu,walaupun ramai ckp xberapa rasa tomyamnya..hahahaha

Homemade chicken tortilla ;)

Salam..
arini kakjoyah wat chicken tortilla ;)
almaklum la,kakjoyah kan on diet..
hahahahahah
jom,kakjoyah nak share resepi ni,nant korg2 leh la wat skali..
senang je ;)

bahan2:
  • chicken breast
  • iceberg salad
  • tomato
  • bawang
  • mayonaisse+cili sauce+tomato sauce
  • tortilla
  • barbeque sauce
  • blackpepper crush
  • pepper
  • salt

    jom layan gambar ni,malas nak taip panjang2 hehehe

perap ayam ngan blackpepper,papper n salt



bakar dalam oven dalam 25-30 minit

campuran mayonis,sos cili n sos tomato

ni beli da siap je.. ;)  
 





iceberg salad,bawang n tomato
tortilla ni pun kakjoyah beli yg da siap punya je..senang ;)      


panaskan skit atas kuali..
sapukan campuran mayonis td..
pastu letakkan barbeque sos,ikut banyak mana yg korg suka..
letakkan sayuran td..
potong ayam kecik2..
gulung n potong.. yayyy siap utk di makan ;)
 selamat mencuba ;) nyumnyum!!