Followers

July 5, 2011

Bakar dan bunuh...

Salam..
arini kak joyah xsempat nak beli paper..
selalunya setiap hari wajib beli paper..
so td masa g kedai sebb nak print report kitchen,terbaca la kat akhbar metro pasal seorang gadis kena bunuh dan telah dibakar..
aisshhh kejam nya la pembunuh tu...

kalau berita2 camni la selalu wat kak joyah takut kan..
lg2 sebb kak joyah ni perempuan n kadang2 balik dr kolej lambat,lg2 waktu kelas pastry ari jumaat..
aisshhh minta la simpang malaikat 44 benda2 camni jgn la berlaku pada ahli keluarga kak joyah n kawan2 kak joyah... 
pape pun,takziah utk keluarga mangsa...

mesti ada yang xtau berita ni kan..meh kak joyaj tepek skit...



Mayat Nurrahayu ditemui dalam keadaan menyayat hati



JOHOR BAHRU - Seorang remaja berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila mangsa dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini kelmarin.
Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin (gambar kecil) yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti.
Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.
"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai.
"Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

No comments:

Post a Comment