Followers

July 16, 2011

Nisfu Syaaban

 Salam..
arini kak joyah rasa seronok sgt sebb dapat menghadirkan diri di surau sebb ada sambutan nisfu syaaban..
rasa terisi sedikit masa terbuang kak joyah dengan membc surah yassin sebanyak 3 kali,solat jemaah maghrib dan isyak..
mest ramai yg tidak perasan dan saje2 buat xperasan tentang nisfu syaaban ni kan..
bulan syaaban ni kalau kt berpuasa,pahalanya besar n kalau ada sape2 yg belum ganti puasa tu,sila2kan ye..
masa berlalu ngan pantas,nant xsempat pulak nak ganti puasa..
minggu ni pun kak joyah nak ganti puasa yang berbaki 4 hari lagi..huhu
ok,meh cni kak joyah nak cter tentang kelebihan dan keistimewaan bulan Syaaban..
 
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

wallahualam~

No comments:

Post a Comment